Wednesday, February 26, 2014

NOS Santai TTDI Ke Tasik Perdana 140222


Hola semua.. Kat sini saya nak buat rumusan untuk NOS yang berlangsung pada hari Sabtu minggu lepas.. Maaf yerr lambat up report sebab masa agak mencemburui kita.. Chewah.. Hehehe.. Dipendekkan cerita, NOS sabtu lepas tidak menjadi seperti apa yang diharapkan.

Memang pada plan asal nyer, bagi menjadikan aktiviti NOS lebih menarik adalah untuk mewujudkan pengisian didalam nyer dan bukan sekadar lepak sembang biasa sahaja. Idea dan perancangan bersama komiti dan club rep memang sentiasa ada untuk menarik perhatian ahli2 rasmi Kenarianz.. Namun, kami hanya mampu merancang sahaja.. Bilangan kehadiran yang agak hambar sedikit menghampakan dan memaksa aktiviti mini konvoi ke Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana dibatalkan..

Wednesday, February 12, 2014

Struktur Organisasi Kenarianz Sesi 2014/2016


Salam semua, seperti yang diwar2kan pada entry sbelom nih, meh sini saya maklumkan kepada anda semua senarai ahlijawatankuasa Kenarianz bagi sesi 2014/16. Marilah kita semua bersama2 membangunkan kelab dan dapat merealisasikan semua aktiviti yang telah dan bakal dirancang kelak :D

Presiden : Neija TigaBelas
Timb. Presiden : Ajri Kenarianz
Setiausaha : Ninz Norbertnico Olenka
Penolong Setiausaha : AzaMie Sajabah
Bendahari : Sharon Azurra Wong
AJK Media : Putera Naga
AJK Merchandise : Lan Karebbek
AJK IA : Ti Custom Culture Hens Ps
AJK Event : Faiz Alaludin(Borneo) & Muhammad Norkhir (Semenanjung)


Sunday, February 9, 2014

NOS Santai Titiwangsa 140208


Salam perkenalan buat semua sahabat Kenarianz. Dengan rasa bangga dan rendah hati izinkan saya untuk meneruskan legasi penulisan report untuk Kenarianz bagi chapter central. Untuk makluman korang, dulu Saudara Asmade (mantan Presiden Knz) dan saudara Shofi (mantan Naib Presiden) merupakan orang yang mmg rajin buat writing untuk report NOS serta aktiviti Kenarianz. Makanya, doakan saya rajin gak macam dorang untuk memberi laporan aktiviti untuk chapter Kenarianz Central. :D

Jadi untuk penulisan kali pertama nih, saya akan menceritakan tentang perjalanan NOS kedua bagi sesi pengurusan terbaru 2014/16. InsyaAllah pada entri akan datang, saya akan cuba mendapatkan info lengkap berkenaan senarai ahli jawatan kuasa kelab. Berbalik kepada tajuk asal, meh saya ceritakan tentang apa yang berlaku. Begini kisahnya..