Sunday, February 9, 2014

NOS Santai Titiwangsa 140208


Salam perkenalan buat semua sahabat Kenarianz. Dengan rasa bangga dan rendah hati izinkan saya untuk meneruskan legasi penulisan report untuk Kenarianz bagi chapter central. Untuk makluman korang, dulu Saudara Asmade (mantan Presiden Knz) dan saudara Shofi (mantan Naib Presiden) merupakan orang yang mmg rajin buat writing untuk report NOS serta aktiviti Kenarianz. Makanya, doakan saya rajin gak macam dorang untuk memberi laporan aktiviti untuk chapter Kenarianz Central. :D

Jadi untuk penulisan kali pertama nih, saya akan menceritakan tentang perjalanan NOS kedua bagi sesi pengurusan terbaru 2014/16. InsyaAllah pada entri akan datang, saya akan cuba mendapatkan info lengkap berkenaan senarai ahli jawatan kuasa kelab. Berbalik kepada tajuk asal, meh saya ceritakan tentang apa yang berlaku. Begini kisahnya..

Sesi NOS 140208 (tarikh la tuh.. hehe..) telah berlangsung dengan jayanya di Taman Tasik Titiwangsa atau dengan lebih tepatnya kami berada di foyer Restoran Nelayan Titiwangsa (skang restoran tuh da tutup) pada pukul 5.00 petang. Kak Pim & famili sudah tiba awal menanti kedatangan ahli yang lain. Berbekalkan sportrim keta yang baru disarung & mengimbau kenangan romantik masa bercinta dulu (wahhhh.. ;P), dorang mmg sabar menanti kami yang lain dengan mendengar deruman enjin kereta RC dikawasan parking berkenaan.

Setibanya saya dilokasi, penetapan port keta yang lebih sesuai dipilih. Memandangkan kawasan parking kat situ memang sesak, nasib baik jumpa port baik depan foyer Restoran Nelayan. So lepas Kak Pim dan saya park keta masing2 sementara menunggu kehadiran rakan2 yang lain.. Kehadiran Cikgu Shahrir kemudian disusuli dengan Alip, Kimi dan Arif & rakan. So dalam kol 6.30 ptg camtuh kitorang pon mula beredar ke Restoran Char Kuey Tiow Sunny di Titiwangsa tuh juga. Memang ramai betul pengunjung Taman Tasik Titiwangsa time hujung minggu yer. Maka perjalanan konvoi pendek kami agak perlahan.

Setibanya kami di restoran, kenari2 siap parking cun2, maka bermula la sesi sembang2 bertanya khabar. Sesi sembang bahan bergurau senda mmg dah jadi perkara biasa untuk menaikkan kemeriahan lepak santai. Topik2 tentang sesi bowling yang lepas merupakan tajuk utama sembang. Mungkin akan ada event bowling lagi sekali pada masa hadapan. Tapi selalunya kami memang lebih suka aktiviti santai last-minute-plan.. Tgk la dulu kalu ada banyak sambutan, baru leh proceed. Kalu sambutan kurang memuaskan, kita tangguh laa dulu..

Topik lain seperti perbincangan aktiviti kelab pada masa hadapan turut dilakukan. Walaupun bilangan kami kini agak sedikit, namun kami positif dan percaya bahawa Kenarianz Central mampu bangun semula dengan bilangan ahli Kenarianz yang aktif kembali menyertai kami pada masa hadapan. Head Of Region (Semenanjung) iaitu saudara Cikgu Shahrir, Club Rep iaitu Kak Pim dan saya turut mengumumkan event pertama kita ialah sesi BBQ di Kemensah (blakang Zoo Negara) yang bakal diadakan pada 30 Mac 2014. Detail event akan dimaklumkan kemudian.

Dah semua siap makan, saudara Ulart Joe juga tiba join kami bergosip.. Hehehe.. Kalu lepak dengan dorang semua nih memang seronok dan walaupon namanya sesi lepak, ada gak info2 yang boleh dijadikan panduan bukan sekadar pasal kereta sahaja. Kami sembang gak pasal powerbank, internet, VPN, bola dan lain2.. Tuh diaaa.. Hehehe.. Lebih kurang dalam pukul 9.00 malam kami mula meninggalkan lokasi dan meneruskan haluan masing2. Ingatkan nak ronda KL, tapi info kat FB bgtau banyak roadblock plak.. Hehehe.. Terima kasih kepada semua yang hadir pada NOS kali ini. TQ2..

Senarai kehadiran:-

1. Cikgu Shahrir
2. Kak Pim & famili
3. Kimi
4. Alif
5. Arep & kawan (rakan KNZ)
6. Ulart Joe (rakan KNZ)
7. Pali & wife


Meh layan gambar2 pula :)

















 
- Report ini ditulis & diupload oleh PaliProxy - 


P/S:- Perhatian buat pembaca blog, bahasa dan gaya penulisan sepanjang entri report ini dan report2 yang akan datang sengaja dilakukan secara tidak formal & 'fancy' agar semua pembaca berasa lebih santai dan lebih dekat dengan kami. Sekiranya terdapat kesalahan, kesilapan dan terdapat fakta yang diragui, mohon maklumkan kepada saya di email kenarianzcentral@gmail.com. Kami akan cuba beri yang terbaik demi pembangunan Kenarianz chapter central dan Kelab Kenarianz secara amnya. Terima kasih. Come & join us!! :D