Wednesday, February 26, 2014

NOS Santai TTDI Ke Tasik Perdana 140222


Hola semua.. Kat sini saya nak buat rumusan untuk NOS yang berlangsung pada hari Sabtu minggu lepas.. Maaf yerr lambat up report sebab masa agak mencemburui kita.. Chewah.. Hehehe.. Dipendekkan cerita, NOS sabtu lepas tidak menjadi seperti apa yang diharapkan.

Memang pada plan asal nyer, bagi menjadikan aktiviti NOS lebih menarik adalah untuk mewujudkan pengisian didalam nyer dan bukan sekadar lepak sembang biasa sahaja. Idea dan perancangan bersama komiti dan club rep memang sentiasa ada untuk menarik perhatian ahli2 rasmi Kenarianz.. Namun, kami hanya mampu merancang sahaja.. Bilangan kehadiran yang agak hambar sedikit menghampakan dan memaksa aktiviti mini konvoi ke Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana dibatalkan..


Setibanya saya dilokasi, kawasan Petronas TTDI kini tidak lagi dapat digunakan untuk kenari2 memparking kereta masing2.. Pihak pengurusan Petronas telah meletakkan kon2 dikesemua bahu jalan termasuklah ruang parking bawah tanah.. Agak mengecewakan.. Namun begitu, sedikit terubat apabila mendapati lokasi lepak kami dulu di stesen minyak BHP masih boleh digunakan. Pada mereka yang tidak tahu, masa zaman Petronas tuh renovate, mmg port kat BHP nih jek la alternatif yang ada untuk melepak..

Kehadiran ahli Kenarianz seperti Alif, Along dan Lin dapat memeriahkan suasana sementara menunggu kehadiran ahli lain.. Cendol da makan, rojak da makan, port lepak berubah ke BHP, suasana hening petang masih lagik tidak mampu menarik kehadiran ahli yang lain..


Apa boleh buat, yang mana yg ada, kami terus bersembang terutamanya berkenaan solo ride saudara Along Nahri ke Melaka.. Awak memang kental brader.. Dari Melaka katanya merebat untuk tiba ke tapak NOS untuk bertemu rakan2.. This is real friendship bro.. Thanks ya.. Kami jugak sembang pasal kejadian kemalangan yang menimpa saudara Gent tempohari.. Smoga Gent kuat semangat dan tidak serik untuk memandu.. 

Sesi lepak kami petang tuh juga berakhir dalam jam 6 lebih untuk membawa haluan masing2.. Terima kasih kepada ahli yang sudi hadir dan smoga dapat meneruskan sokongan dan kesetiaan pada kelab yang disayangi ini.. Saya juga dikesempatan ini menyeru kepada semua ahli2 rasmi Kenarianz yang lain untuk hadir ke sesi NOS Central seterusnya dapat membuktikan anda bukan sekadar berkata sayang kelab, tetapi menzahirkan ia dengan menghadirkan diri ke sesi NOS mahupun aktiviti event kita pada masa hadapan. 

Memang kita sangat kecil sekarang kalu nak dibandingkan dengan Chapter Sabah yg sangat bersatu dan meriah, namun dengan sokongan anda, kita juga boleh mengembalikan semula zaman kegemilangan kita seperti dahulu.. Percayalah dengan kemampuan kita sebagai kelab rasmi yang berdaftar dengan ROS, bila kita sudah kukuh, kita pasti boleh run event besar dengan mana2 Kementerian, Badan2 NGO, syarikat2 ataupun mana2 organisasi hanya sekiranya kita dapat kembali bergabung dan bersatu hati.. Memang tiada paksaan sebab kami faham ia melibatkan masa, komitmen, duit minyak, duit tol korang sendiri dikeluarkan termasok soal keselamatan diri yang harus dijaga. Kelab amat menghargai pengorbanan anda..


Pihak pengurusan Kenarianz juga bersedia menerima sebarang idea dan cadangan yang membina demi pembangunan kelab terutamanya untuk Kenarianz Central.. Its All About The Rides and Its All Not Just About The Rides.. Amek ko oh-my-english aku.. Hahaha.. Harap korang faham.. Hehehe.. Pis yo!!

Senarai Kehadiran:-

1. Alif
2. Along Nahri
3. Lin & Skendel
4. PaliProxy